Monday, January 19, 2009

TAKWIM IBUPEJABAT PENGAKAP NEGERI SABAH 2009



Untuk memastikan kelancaran pendaftaran ahli/kumpulan serta pengeluaran tauliah Penolong Pasuruhjaya Daerah/Pemimpin, pihak Ibupejabat Pengakap Negeri akan mengadakan 'roadtour' ke Bahagian dan Daerah. Penyerahan sijil dan lencana pendaftaran, penyampaian tauliah serta watikah perlantikan kepada Pen. Pesuruhjaya Daerah dan Pemimpin Pengakap akan diadakan sekaligus semasa roadtour tersebut di samping kesempatan untuk mengadakan dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.
Pihak pentadbiran Pengakap di Bahagian/Daerah adalah dialu-alukan untuk menetapkan satu tarikh dan tempat (termasuk jemputan kepada kumpulan-kumpulan yang terdapat di dalam Bahagian/Daerah) yang kemudiannya diajukan kepada Ibupejabat Pengakap Negeri agar membolehkan persiapan roadtour ke Bahagian/Daerah anda dibuat. Adalah diharapkan agar sijil serta lencana pendaftaran kumpulan/ahli dan Tauliah berkaitan dapat disampaikan secara langsung pada tarikh yang telah ditetapkan itu. Pendaftaran keahlian serta permohonan berkaitan juga boleh dibuat semasa roadtour ini.
Roadtour pertama bagi tahun 2009 akan diadakan secara berpusat pada 28 Februari 2009 bagi Bahagian Pedalaman Atas dan Daerah tuan rumah yang telah dipilih adalah Daerah Keningau.

SEMINAR PASUKAN LATIHAN NEGERI SABAH

Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah telah memulakan lembaran tahun baru 2009 dengan Seminar untuk memperkasa dan menaiktaraf martabat serta sistem latihan Pengakap di Negeri Sabah. Seminar Pasukan Latihan Negeri Sabah telah diadakan pada 1 hingga 3 Januari 2009 bertempat di Kompleks Jabatan Belia & Sukan (P) Sabah, Putatan.

Seminar ini telah dihadiri oleh para Jurulatih (Pemegang Manikayu 4 bead) dan Penolong Jurulatih (Pemegang Manikayu 3 bead) dari seluruh negeri Sabah. Antara yang hadir adalah :

Jurulatih (4 Bead)

1. Datuk Awang Zaini Haji Suntim - Ketua Pesuruhjaya Negeri
2. En. Philip Chin Saw Voon - Pengerusi Latihan Negeri
3. Mejar (B) Baharuddin bin Ujang (PPN. Sumber Dewasa)
4. Datuk OKK Haji Murshidi Nambi (PPN Pantai Barat Selatan)
5. En. Janudin @ Zainuddin Haji Mohd. Onon (PPN Unit Pengakap Muda)

Penolong Jurulatih (3 Bead)

1. En. Stephen Hendriks (PPN Khidmat Komuniti & Kem Kraf)
2. En. Kaplin Lahut (PPN Unit Pengakap Muda)
3. En. Mohammad bin Majid (PPN Unit Pengakap Kelana)
4. En. Asim bin Haji Awang Yusop (PPN Tugas-tugas Khas)
5. En. Mujeb bin Jirun (PPN Kem Warden)
6. En. Lasalama bin Lai (PIP Unit Remaja)
7. En. Shariff Mohammad bin Habib Ahmad (PIP Program)
8. En. Arsani bin Alam (ADC Lahad Datu)

Ahli Pasukan Latihan Negeri

1. En. Nourman Rayn - Setiausaha Latihan Negeri (PPN Pentadbiran)
2. En. Makrin Haji Sudi - Penolong Setiausaha Latihan Negeri
(PIP Perhubungan & Multimedia)
3. En. Mokhtar Nawawi (PPN Unit Pengakap Laut)
4. En. Mohd. Zakaria Hj. Dulang (PIP Kem Warden)

Urusetia

1. En. Mohd Suhaimi Haji Mohamed Husain (PIP Pentadbiran)
2. En. Daniel Tan Eng Keng (DC Telupid)
3. En. Mohd. Hadyansyah Bumpin (PPB Pedalaman Bawah)
4. En. Hafizol Haris (ADC Kedamaian)
5. En. Mike Mardino Moutin (Pembantu Tadbir PPMCS)
* PPN (Penolong Pesuruhjaya Negeri)
PIP (Pesuruhjaya Ibupejabat Negeri)
PPB (Penolong Pesuruhjaya Bahagian)
DC (Pesuruhjaya Daerah)
ADC (Penolong Pesuruhjaya Daerah)

Antara perkara yang menjadi fokus utama seminar ini adalah Skim Latihan Kepimpinan Manikayu terkini serta pembentukan Takwim Latihan bagi tahun 2009.





ISTIADAT PENYAMPAIAN MANIKAYU


En. Arsani bin Alam (Pen. Pesuruhjaya Daerah Lahad Datu) telah dikalungkan manikayu 3 butir (Penolong Jurulatih) di dalam Majlis Perasmian seminar ini.



Sementara itu, En. Robert Taringan telah dikalungkan manikayu (2 butir) dalam majlis yang sama.


PENTAULIAHAN PESURUHJAYA DAERAH SIPITANG

Semasa Seminar ini juga, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Y.Bhg. Datuk Awang Zaini Haji Suntim telah menyampaikan tauliah perlantikan Pesuruhjaya Daerah Sipitang kepada Encik Robert Taringan.




Susulan daripada seminar ini, satu seminar untuk SEMUA Pesuruhjaya Daerah dan Penolong Pesuruhjaya Daerah (Pentadbiran / Latihan) bersama Pasukan Latihan Negeri akan diadakan pada 6 hingga 8 Februari 2009 untuk mendedahkan skima Latihan Kepimpinan Manikayu terkini agar ianya boleh disampaikan ke semua Bahagian dan Daerah di Sabah.