Wednesday, August 26, 2009

RAKAMAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA PENERIMA-PENERIMA ANUGERAH DAN PINGAT PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 2009

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kecil Anugerah, Persekutuan Pengakap Malaysia telah mengumumkan senarai penerima-penerima Anugerah dan Bintang Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) bagi tahun 2009.

Berikut merupakan senarai penerima Anugerah dan Bintang PPM 2009 daripada Negeri Sabah:


SENARAI PENERIMA ANUGERAH DAN BINTANG PPM

UNTUK NEGERI SABAH BAGI TAHUN 2009



BINTANG SEMANGAT PADI KELAS KEDUA – PERAK


YANG AMAT BERHORMAT DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN
KETUA PENGAKAP NEGERI SABAH


BINTANG SEMANGAT RIMBA KELAS KEDUA – PERAK


YUSOFF BIN DATUK SERI PANGLIMA HAJI MOHD. KASSIM (DATUK HAJI)
YANG DIPERTUA, MAJLIS PENGAKAP NEGERI






PINGAT PERKHIDMATAN BAIK

AHMAD BIN MALIK (ENCIK)
BENDAHARI KEHORMAT, MAJLIS PENGAKAP NEGERI

ZAHARI BIN HAJI SUHAILI (ENCIK)
AHLI MAJLIS PENGAKAP NEGERI

HASHIM SINTOL (HAJI)

JABATAN BELIA & SUKAN (P) SABAH

JIUS GOKIN (ENCIK)
JABATAN BELIA & SUKAN (P) SABAH


LASALAMA BIN LAI (ENCIK)
PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH LAHAD DATU


DYAH SHINTAWATI BT. SUNJOTO (CIK)
PESURUHJAYA IBUPEJABAT NEGERI


ARSANI BIN ALAM (ENCIK)
PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH LAHAD DATU


AMAT @ AHMAD BIN SAWAL (HAJI)
PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH TUNGKU


BARMULI BIN PARUDIN (ENCIK)
PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH KARAMUNTING


LUNUS @ LINUS BIN RAYMOND (ENCIK)
PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH BINGKOR


FAZRI USIDI (ENCIK)
PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH SOOK


ABDULLAH BIN HAJI AHMAD (ENCIK)
MANTAN PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH RANAU


YAHAMAD HAJI BUDIN (HAJI)
AHLI MAJLIS PENGAKAP NEGERI




SIJIL KEPUJIAN KETUA PENGAKAP NEGARA


NOURMAN BIN AG. ZAINI @ RAYN (ENCIK)

PENOLONG KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI (PENTADBIRAN)


MOHD SUHAIMI BIN MOHAMED HUSAIN (ENCIK)
PESURUHJAYA IBUPEJABAT NEGERI


MAKRIN BIN HAJI SUDI (ENCIK)
PESURUHJAYA IBUPEJABAT NEGERI


JUANITA SURILLA STIMOL (CIK)
PESURUHJAYA IBUPEJABAT NEGERI


SHARIFF MOHAMMAD BIN HABIB AHMAD (ENCIK)
PESURUHJAYA IBUPEJABAT NEGERI


MOHAMAT @ MOHD ZAKARIA BIN DULANG (ENCIK)
PESURUHJAYA IBUPEJABAT NEGERI


MOHAMAD RIZAN BIN GULAM HUSSEIN (ENCIK)
PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH INANAM


ABDULLAH BIN MONGKOKOI (ENCIK)
PESURUHJAYA KAWASAN ZON 2 PANTAI BARAT UTARA


MUSI BIN MUNGKIM (ENCIK)
PESURUHJAYA IBUPEJABAT NEGERI


AZMAN BIN BADU (ENCIK)
PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH SEMBULAN


MOHD. AFFENDI BIN ARIFIN (ENCIK)
PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH SEMBULAN


HAJIJAH BINTI HASAN (PUAN)
PEMIMPIN KUMPULAN, SMK. MAJAKIR PAPAR



Dengan penganugerahan ini, ia jelas membuktikan pengiktirafan Persekutuan Pengakap Malaysia kepada pemimpin-pemimpin Pengakap dan orang perseorangan yang banyak menyumbang bakti kepada masyarakat, bangsa, Negara dan agamanya. Adalah diharapkan agar dengan penganugerahan ini juga ia dapat menaikkan semangat mereka untuk terus berkhidmat kepada Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dengan kualiti yang tinggi. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah dan juga Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima Anugerah 2009.

Thursday, May 7, 2009

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN SIHAT MINDA



KEMPEN SIHAT MINDA; salah satu cabang daripada Kempen 10 Gaya Hidup Sihat (10S) anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan Majlis Belia Sabah (MBS), telah diamanahkan untuk diseliakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah.



Kempen ini mengetengahkan 8 panduan sikap dan cara hidup berdasarkan 10 modul gaya hidup (Undang-undang Pengakap) demi mewujudkan warganegara belia yang berketrampilan, berdaya kepimpinan, bersifat yakin pada kemampuan diri sendiri, cintakan negara dan berminda kelas pertama.

Kempen Sihat Minda telah dilancarkan dengan rasminya oleh Yang Berhormat Datuk Peter Pang En Yin, Menteri Belia dan Sukan Sabah dalam satu majlis khas di Kompleks Tabung Haji Sabah pada 2 Mei 2009.



Kempen Sihat Minda ini akan dilancarkan di seluruh negeri Sabah semasa Roadtour Ibupejabat Pengakap Negeri ke bahagian-bahagian dan daerah-daerah. Pelancaran berikutnya akan diadakan di Bahagian Pedalaman Bawah pada 9 Mei 2009 bertempat di Dewan SM. St. Paul, Beaufort dan akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Kamarlin bin Haji Ombi, Ahli Dewan Undangan Negeri N27 Lumadan.

Tuesday, May 5, 2009

PELANCARAN COKLAT KELUARAN PENGAKAP SABAH




Jenama Coklat keluaran Pengakap Sabah, “SCOUT CHOC” telah dilancarkan dengan rasminya oleh Yang Berhormat Datuk Peter Pang En Yin, Menteri Belia dan Sukan Sabah sempena kunjungan beliau dalam Majlis Pelancaran Kempen Sihat Minda dan Persidangan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah pada 2 Mei, 2009 bertempat di Kompleks Tabung Haji Sabah, Kota Kinabalu.





Turut hadir untuk mempromosikan produk ini adalah Cik Hasnafiza Hassnar, ahli Pengakap dan mantan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sibuga yang telah memberikan penerangan terperinci berkenaan produk dan proses penghasilannya di premis beliau yang terletak di Batu 8, Sandakan.

Cik Hasnafiza sedang memberikan penerangan proses penghasilan Scout Choc kepada Yang Berhormat Menteri Belia & Sukan Sabah serta Y. Bhg. En. Mustapha Sakmud, Presiden Majlis Belia Sabah (MBS)

Produk yang dihasilkan sepenuhnya oleh ahli Pengakap Negeri Sabah ini didatangkan dalam bentuk ‘nugget’ dan usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan coklat berbentuk ‘bar’ yang akan mula dipasarkan di Ibupejabat Pengakap Negeri Sabah dalam masa terdekat.

Pengakap Kelana A Daerah Kota Kinabalu sedang melayani para Pesuruhjaya Daerah yang berkunjung ke Gerai jualan Scout Choc.

PERSIDANGAN PESURUHJAYA-PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI SABAH 2009


Persidangan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah 2009 telah diadakan pada 1 hingga 3 Mei, 2009 bertempat di Kompleks Tabung Haji Sabah, Kota Kinabalu.
En. Nourman Rayn (Ketua Urusetia) sedang memberikan penerangan kepada Pesuruhjaya Daerah yang mendaftar.

Kad Pengenalan diri yang digunakan sepanjang Persidangan.

Persidangan ini telah dihadiri oleh seramai 85 orang Pesuruhjaya Pengakap dari seluruh Negeri Sabah yang merangkumi jawatan-jawatan :


KETUA PESURUHJAYA NEGERI
(STATE CHIEF COMMISSIONER)
TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA NEGERI
(VICE STATE CHIEF COMMISSIONER)
PENOLONG KETUA PESURUHJAYA NEGERI
(ASSISTANT STATE CHIEF COMMISSIONER)
PENOLONG PESURUHJAYA NEGERI
(ASSISTANT STATE COMMISSIONER/ASC)
PESURUHJAYA IBUPEJABAT NEGERI
(STATE HQ COMMISSIONER)
PESURUHJAYA BAHAGIAN
(REGIONAL COMMISSIONER/RC)
PESURUHJAYA KAWASAN
(AREA COMMISSIONER/AC)
PESURUHJAYA DAERAH
(DISTRICT COMMISSIONER/DC)


Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah sedang memberikan taklimat awal berkenaan perjalanan persidangan.


Mejar (B) Baharudin Ujang (Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri-Latihan)sedang memberikan taklimat berkenaan pelaksanaan Istiadat Menerima Perlantikan dan Menandatangani Watikah kepada para Pesuruhjaya.

Ketua Pesuruhjaya Negeri sedang menerangkan tentang Pelan Perancangan Strategik Pengakap Sabah (CTTR) 2004-2009 dan mengarahkan agar Jawatankuasa Khas melaksanakan fasa kedua CTTR 2010-2015.



Istiadat Perlantikan dan Menandatangani Watikah telah diadakan pada 2 Mei 2009.


Para Pesuruhjaya sedang menanti giliran untuk menerima Watikah Perlantikan


Pesuruhjaya Kanan Pengakap Negeri Sabah sedang melafaz ikrar menjalankan tugas di hadapan Ketua Pesuruhjaya Negeri

En. Philip Chin (Timbalan Ketua Pesuruhjaya Negeri) sedang menandatangi Watikah perlantikan beliau.

Persidangan yang berlangsung selama 3 hari ini telah menghasilkan beberapa resolusi dan pengumuman yang penting untuk memajukan lagi Pergerakan Pengakap di Negeri Sabah. Antara Resolusi dan pengumuman yang telah diadakan adalah :

PENUBUHAN DAERAH PENGAKAP TUNGKU YANG DIPISAHKAN
DARIPADA DAERAH LAHAD DATU.
PELAKSANAAN FASA KEDUA PERANCANGAN STRATEGIK PENGAKAP SABAH (CTTR) 2010 – 2015.
PENGUMUMAN WARTA PENERIMA ANUGERAH PENGAKAP NEGERI SABAH.
PENERANGAN KAEDAH PELAKSANAAN SKIM LATIHAN TERKINI.


Datuk Amir Bek Amir Husein (Penolong Pesuruhjaya Negeri-Bahagian Tawau) sedang memberi cadangan berdasarkan pengalaman beliau sepanjang puluhan tahun berpengakap. Di sebelahnya adalah Datuk OKK Haji Murshidi Nambi (Penolong Pesuruhjaya Negeri-Bahagian Pantai Barat Selatan) yang merupakan pengasas kumpulan Pengakap Kelana Pertama di Sabah pada tahun 1947 di Kota Belud.


GELAGAT DAN AKSI PARA PESURUHJAYA DI SEPANJANG PERSIDANGAN


Tuesday, April 28, 2009

RAKAMAN LAGU SIHAT MINDA

Pengakap Sabah mengorak langkah setapak lagi ke hadapan dengan kunjungan ke studio rakaman buat kali kedua selepas 14 tahun untuk tujuan rakaman lagu tema Kempen Sihat Minda.





Seramai 11 orang terdiri daripada Pesuruhjaya, Pengakap Kelana dan Pengakap Remaja telah menjalani satu sesi rakaman untuk lagu tema Kempen Sihat Minda yang akan dilancarkan semasa Persidangan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah pada 2 Mei 2009 di Kompleks Tabung Haji Sabah.

Lirik lagu bertajuk "SIHAT MINDA" ini adalah nukilan peribadi Y.Bhg. Datuk Awang Zaini Haji Suntim (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah) dan melodinya telah dicipta oleh Encik Richard Kim, komposer sama yang telah membantu menghasilkan album pertama Pengakap Sabah suatu masa dahulu..





Kali terakhir ahli Pengakap Sabah menjalani proses rakaman adalah pada tahun 1995 untuk penghasilan album "GENERASIKU" sempena Jambori Pengakap Sabah Pertama.

Untuk tahun 2009, Pengakap Sabah akan menghasilkan sebuah lagi album, "GENERASIKU VOL. 2" yang akan mula dirakamkan pada bulan Mei ini. Album kedua ini akan mengandungi sebanyak 15 buah lagu Pengakap baru yang merupakan kompilasi lagu-lagu ciptaan ahli Pengakap dari seluruh Sabah.

Semenjak Mac 2009, para Pesuruhjaya Pengakap Daerah telah dimaklumkan untuk mencalonkan lagu-lagu hasil ciptaan kumpulan ataupun Krew Kelana di daerah masing-masing untuk dimuatkan di dalam album ini. Tarikh akhir bagi penghantaran lagu ke Ibupejabat Pengakap Negeri adalah pada 29 April 2009. Para ahli kumpulan yang mencipta lagu-lagu terpilih akan didatangkan ke Kota Kinabalu untuk menghadiri sesi rakaman.

Sunday, April 26, 2009

PERHIMPUNAN RAKSAKSA 100 TAHUN PENGAKAP MALAYSIA


Sempena sambutan ulangtahun ke-100 Pergerakan Pengakap di Malaysia, satu Perhimpunan Raksaksa Sambutan 100 Tahun Persekutuan Pengakap Malaysia telah diadakan pada 25 April 2009 bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur.


Perhimpunan yang telah dihadiri oleh lebih 10000 orang ahli Pengakap dari seluruh Malaysia ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir di dalam perhimpunan ini adalah Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Presiden Agung Kehormat Persekutuan Pengakap Malaysia dan Yang Berhormat Dato' Ahmad Shabery bin Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.


Antara tetamu Jemputan antarabangsa yang turut hadir adalah Mr. Jejomar C. Binay (Pengerusi, Komiti Pengakap Asia Pasifik) Mr. Abdullah Rasheed (Pengarah, Pengakap Wilayah Asia Pasifik), duta-duta serta wakil Pengakap dari lebih 16 buah Negara dalam wilayah Asia Pasifik.
Barisan Pesuruhjaya dan Ahli Pengakap Negeri Sabah yang hadir ke Perhimpunan ini.

Para peserta daripada kalangan Pengakap Kelana Negeri Sabah bersama Setiausaha Eksekutif Pengakap Sabah

Dalam perhimpunan ini, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah telah diwakili oleh 35 orang yang terdiri daripada 25 orang Pesuruhjaya serta Ahli Majlis, 8 orang Pengakap Kelana dan 2 orang Pengakap Remaja.


PENYAMPAIAN PINGAT DAN ANUGERAH



Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah menerima pengiktirafan dan Anugerah “Most Prestigious Scout Award” daripada Pertubuhan Pengakap Sedunia (WOSM) didalam perhimpunan yang gilang gemilang ini.



Barisan Ketua Pesuruhjaya Negeri dan Pesuruhjaya Negeri-negeri yang menerima Pingat 100 Tahun Pengakap Malaysia


Dalam perhimpunan ini juga, seramai 100 orang Pemimpin Pengakap berjasa daripada seluruh negara turut menerima Anugerah Pingat 100 Tahun Pengakap Malaysia yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Presiden Agung Kehormat Persekutuan Pengakap Malaysia.

Seramai empat orang pemimpin Pengakap daripada negeri Sabah telah terpilih untuk menerima pingat semasa acara ini yang terdiri daripada :

Y. Bhg. Datuk Haji Yusoff bin Datuk Seri Panglima Hj. Mohd. Kassim
(Yang DiPertua, Majlis Pengakap Negeri Sabah)

Y. Bhg. Datuk Awang Zaini Haji Suntim
(Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah)

Y. Bhg. Encik Philip Chin Saw Voon
(Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah)

Y. Bhg. Datuk Haji Murshidi bin Nambi
(Penolong Pesuruhjaya Negeri-Pantai Barat Selatan)

Y.Bhg. Datuk Awang Zaini Hj. Suntim, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah menerima Pingat 100 Tahun Pengakap Malaysia daripada Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi, Presiden Agung Kehormat Persekutuan Pengakap Malaysia

Antara acara dan tarikan yang disediakan semasa perhimpunan ini adalah Persembahan Kompang Formasi Pengakap Kanak-kanak, Kawad oleh Unit Pengakap Udara Negeri Johor, Pameran-pameran Sejarah Pengakap Malaysia, Unit-unit Pengakap, aktiviti dan juga jualan Kedai Pengakap.


"Saya merupakan satu-satunya Ketua Pesuruhjaya Negeri di Malaysia yang memegang Lesen Radio Amatur Kelas A". Agaknya itulah yang diterangkan oleh Y.Bhg. Datuk Awang Zaini Hj. Suntim (9M6MZ) kepada pengendali pameran radio amatur sambil diperhatikan oleh Pesuruhjaya Daerah Tawau, En. Mohd. Sayful Foo (9W6 MSY)

Semua peserta perhimpunan ini telah diberikan sijil Khas 100 tahun Pengakap Malaysia serta beg cenderamata.